1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (orang yang tak bangun solat subuh juga termasuk). Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam).
3- Ai'lulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.
Actually, tidur sebentar sebelum azan zohor merupakan ibadah sunnah.
Imam al-Ghazali, di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin menyatakan :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."
Tidur Qailullah iaitu tidur singkat (sebentar) merupakan sunnah dan nikmat dari Allah S.W.T. Sekiranya kita tidur tanpa berniat, maka tidaklah mendapat balasan pahala Qailullah.
Niat Qailullah :
"Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini,
kerana Allah taa'la."
atau
"Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku
terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri dengan-Mu."
Dalam kitab 'Mishkatul Masabih' disebutkan : "Tidur sekejap pada waktu tengah hari (Qailullah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah S.A.W ada melakukannya."
Tetapi, nilai sunnah ini akan hilang begitu sahaja jika kita bermalas-malasan dan malam harinya tidak mendirikan solat Tahajjud, berzikir, solat-solat sunat yang lain atau bertarawih di bulan Ramadhan.
Take a rest, take a break
luv NuNa =3

No comments:
Post a Comment